Forum di FauzulNaim.Com, AkademiPenulis.Com & SkripHidup.Com digabungkan
May 12, 2008
Ini bagi memudahkan para perunding MQ Human Development menjawab semua persoalan di dalam satu forum. Di samping itu juga semua pelawat mendapat manfaat yang lebih dengan meneliti perbincangan daripada ketiga-tiga laman web ini.
Pihak kami amat mengalu-alukan kepada para pelawat ketiga-tiga laman web ini bagi menggunakan ruangan forum ini untuk berdiskusi dan berbincang. Sebarang persoalan yang dilontarkan akan cuba dijawab oleh para perunding kami.
Popularity: 76% [?]
Keluarga Di 9 Membuka Lembaran Baru Hidup
May 9, 2008
Alhamdulillah saya amat bersyukur diberikan peluang bagi memberikan pandangan di dalam Rancangan keluarga Di 9, Saluran TV9 tempoh hari. Ramai juga yang menontonnya dan memberikan maklum balas positif kepada perbincangan yang dilakukan di dalam rancangan tersebut. Di sana juga saya berkesempatan berbual dengan Dato’ Pahamin Rajab, Pengerusi Air Asia Berhad.
Sedutan rancangan saya sudah masukkan ke MQ TV (klik di sini). Bersama ini saya kongsikan koleksi gambar sepanjang berada di Rancangan Keluarga Di 9 ini.
Popularity: 42% [?]
En. Fauzul Naim di Program Keluarga di 9, 28 April 2008 jam 1 petang
April 27, 2008
| April 28, 2008 | ||
| 1:00 pm | to | 2:00 pm |
En. Fauzul Na’im Ishak bersiaran secara langsung sebagai ahli panel rancangan Keluarga di 9 berdasarkan butiran berikut :
- Topik : Adat Perkahwinan Melayu
- Pengacara : Farah Adeeba.
- Tarikh : 28hb April 2008 (Isnin)
- Waktu Siaran Langsung : 1.00 petang hingga 2.00 petang
- Waktu Siaran Ulangan : 12.30 tgh mlm hari yang sama
Popularity: 36% [?]
Program di Ceramah Cinta : Lain Dahulu Lain Sekarang di USIM Berjaya
March 31, 2008
Alhamdulillah, pihak MQ Human Development berjaya mengadakan sesi ceramah mengenai cinta di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Program anjuran Unit Kaunseling, USIM. Para peserta sudah menunggu seawal jam 8.30 pagi.
Terima kasih kerpada pihak penganjur kerana sudi menjemput pihak kami bersama-sama dengan pihak USIM menjayakan program ini. Di bawah disertakan foto-foto sepanjang program berlangsung.
Popularity: 62% [?]
Akhirnya Bertemu Dengan Yang Dicari
October 8, 2007
Selepas lama mencari, akhirnya saya temui. Tema web secocok dengan apa yang saya inginkan dalam web ini. Mungkin ramai yang berkata tema laman web ini agak gelap, ia menggambarkan betapa misterinya hidup ini.
Popularity: 48% [?]
Susahnya Mencari Yang Sesuai Untuk Kita
August 19, 2007
Saya dengan bantuan artis grafik baru sahaja menyiapkan laman web Dr. Tengku Asmadi www.motivasialihanpelajar.com. Laman web ini ditaja oleh syarikat saya FN Business Solution dengan kerjasama PTS Millennia Sdn Bhd. Alhamdulillah selepas beberapa minggu diusahakan dengan kekangan masa dan tenaga akhirnya ia dapat dilancarkan dengan jayanya.
Sekarang saya dalam proses menaikkan laman web untuk Dr. Danial Zainal Abidin pula. Ini saya sudah janjikan dengan Dr. Danial ketika beliau berada di Kuala Lumpur bagi sesi bicara buku di Alamanda Putrajaya. Sebelum ini saya sudah ada kerjasama dengan beliau untuk laman web FormulaCemerlang.com. FormulaCemerlang.Com dalam proses pengubahan server. InsyaAllah dalam sebulan dua ini baru selesai pengubahan tersebut.
Saya ini ada satu masalah dalam pembinaan laman web iaitu apabila membinanya untuk orang lain rasanya macam Ok sahaja tema yang digunakan. Namun begitu apabila membinanya untuk diri sendiri pasti sukar untuk mencari kesesuaian. Sebagai contoh laman ini. Bagi yang mengikuti perkembangannya pasti perasan sudah beberapa kali ia berubah wajah. Mungkin kita sukar mencari apa yang sesuai untuk diri kita. Orang lain lebih nampak. ![]()
Popularity: 49% [?]
Hidup Oh! Hidup!
August 12, 2007
Alhamdulillah hari ini baru saya dapat lancarkan laman web ini sepenuhnya ke dalam web ini. Selepas beberapa kali berlaku ubahan dan pembangunan, inilah yang dipersembahkan kepada Anda semua. Selepas beberapa tahun berada dalam dunia perniagaan dan pekerjaan. Terdetik di minda saya betapa hidup anugerah Tuhan ini penuh keajaiban.
Popularity: 35% [?]
Hari Pertama, Nukilan Pertama, Azam Baru
June 23, 2007
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Inilah nukilan pertama pada hari pertama laman ini dilancarkan. Lebih menarik dan tragisnya, hari ini adalah hari ulang tahun saya ke 30. Pada usia 30 tahun saya melancarkan laman peribadi yang sebenarnya sudah lama dirancang. Namun begitu di atas sebab-sebab tertentu ia tertangguh.
Usia 30 tahun ini saya ingin jadikan suatu permulaan bagi segala cita-cita besar saya. Cita-cita besar? Ya! Saya mengkategorikan cita-cita besar dan cita-cita kecil. Cita-cita besar merangkumi aspek kerjaya, kewangan dan bisnes. Cita-cita kecil meliputi aspek keluarga, diri dan gaya hidup.
Ini bukan bermakna keluarga dan diri tidak penting, cuma ia adalah perancangan jangka pendek. Tidak perlu perancangan yang melibatkan plan biru. Cita-cita besar memerlukan plan biru, ketelitian dan keazaman.
Banyak perkara yang saya ingin lakukan, cuma ia belum benar-benar terlaksana. Langkah mula sudah ada, tinggal penerusan yang perlu dilakukan dengan lebih cepat dan berazam.
InsyaAllah pada usia 40 tahun, saya ingin menjadi diri yang berbeza dengan berusia 30 tahun. Sekarang bermula perancangan 10 tahun saya. Doakanlah saya sihat sentiasa.
Popularity: 39% [?]








