Top

Tahun 2008 : Fasa 1 Bermula!

January 1, 2008

AzamRamai yang mempunyai azam bagi setiap permulaan tahun. Ada yang meletakkan azam untuk mendapatkan pasangan, meningkat dalam kerjaya, menambahkan kewangan, menjadi kaya dan tidak kurang juga membawa ke hadapan azam-azam yang lepas.

Kesemua ini adalah perkara yang positif, tidak kira ia berjaya ataupun tidak. Kita perlu mempunyai angan-angan atau impian. Azam itu adalah salah satu perkara yang dapat mengukuhkan impian ke dalam kehidupan.

Bagi saya pula, 2008 ini adalah satu permulaan kepada fasa 1 menuju cita-cita saya. Saya cuba membahagikan fasa menuju cita-cita kepada 3 fasa. Setiap fasa diletakkan tempoh masa 5 tahun. Jadi apabila begitu saya letakkan fasa menuju cita-cita saya terbahagi seperti demikian :

  • Fasa 1 (2008 hingga 2011)
  • Fasa 2 ( 2012 hingga 2015)
  • Fasa 3 (2016 hingga 2020)

Fasa menuju cita-cita ini dibuat bagi memberikan panduan dan inspirasi buat diri sendiri dalam mengisi skrip kehidupan saya. Anda bagaimana? Apakah fasa-fasa kehidupan Anda? Mari sama-sama menulis skrip hidup yang berjaya

Perkongsian Minda Oleh :

Fauzul Na'im Ishak
Konsultan Kanan MQ Human Development
Laman Rasmi : www.fauzulnaim.com
Email Rasmi : fauzul@bookpro.my

Artikel Lain Dalam Kategori Bisnes

Popularity: 57% [?]

Diskusi

Sila Berikan Pandangan & Diskusi





Bottom