Soal Jawab Cinta : Betulkah Si Dia Jodoh Saya?
March 19, 2008
Daripada Ieza,
Saya sudah lama mengenali dengan jejaki ini
Namun begitu tidak pernah terlintas di hati untuk memiliki dirinya…
ada beberapa sebab yang membuatkan hati ini terbuka untuk si dia…Kepada orang lain semuanya sudah tertutup…kerana hanya dia seorang di hati ni…
Namun begitu dia mahu ataupun tidak kepad saya? Sudah banyak kali saya berfikir dan banyak kali buat solat hajat dan istiqarah..memang nampak dia…tapi dia tidak beritahu pun dia suka kepada saya…boleh tak bagi pandangan anda? Saya sedang keliru.
Jawapan
Assalamualaikum,
Saudari, cinta perlukan kekuatan. Tanpa kekuatan cinta tidak boleh bertahan. Dalam kes ini saudari sudah ada rasa ghairah percintaan tetapi masih membina kekuatan. Pada pandangan saya kekuatan hanya akan wujud apabila kita tidak takut kekecewaan. Kerana cinta adalah satu pemberian bukan permintaan. Jadi jika kita menyatakan kata cinta tanpa keinginan meminta, itulah kekuatan tertinggi.
Pada pandangan saya jika benar saudari mencintai dia, nyatakan. Jangan takut. Satu lagi jangan takut kecewa kerana ia adalah suatu permainan cinta.
Perkongsian Minda Oleh :Fauzul Na'im Ishak
Konsultan Kanan MQ Human Development
Laman Rasmi : www.fauzulnaim.com
Email Rasmi : fauzul@bookpro.my
Artikel Lain Dalam Kategori Cinta
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 4 - May 19th, 2008
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 3 - May 19th, 2008
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 2 - May 15th, 2008
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 1 - May 15th, 2008
- Ceramah "CINTA : LAIN DAHULU, LAIN SEKARANG" Di USIM, Nilai, Negeri Sembilan - March 24th, 2008
Popularity: 81% [?]









Diskusi
Sila Berikan Pandangan & Diskusi