Soal Jawab Cinta : Bantu Saya..Kesucian Cinta Tiada Tandingan
March 18, 2008
Daripada Srikandi
Sebagai manusia, kita semua tak dapat lari dari masalah..kan? Begitu juga saya..cuma masalah saya bab cinta..sebagai perempuan tentu orang akan kata kita ibarat perigi mencari timba..seperti hidung tak mancung, pp tersorong2..sakitnya mencintai orang yang tak mencintai kita..
Asalnya seorang lelaki telah jatuh hati dengan saya..dan saya menerimanya, setahun bersama..terlalu banyak pengorbanan telah saya lakukan untuk lelaki ni.Cuma pada saya, kalau dah sayang..ikhlas demi Allah saya lakukan semuanya untuk dia..tp sedih sahabat..akhirnya saya ditinggalkan..malangnya saya cuma tahu 2 minggu setelah ditinggalkan..asalnya kerana keluarga, tp bila berpeluang berjumpa saya dimaki…kerana pada dia saya tak layak bersama dia..kerana pada dia..dia khatam bab perempuan..dia arif mana yang terbaik…kiranya saya bukan perempuan baik untuk dia..
Tp sahabat..dia lelaki yang terlalu baik pada saya..ada keistimewaan yang tersendiri…saya bersyukur dipertemukan dengan dia..menjadi sebahagian daripadanya..cuma saya tak mampu nak terima apa yang berlaku kini..bertahun dia memburu untuk mendapatkan saya..bila saya mula menerima dengan harapan saya akan dihargai..dengan impian mudah-mudahan itulahjodoh terbaik untuk saya…tp akhirnya saya dilukai..
Selalunya bila dia berada dalam kesusahan, saya akan sentiasa ada dekat dengan dia..saya pernah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak melukainya kerana kami mempunyai latarbelakang yang sama..pernah bercinta dan dikecewa..saya tak pernah biarkan dia berasa susah walau sebesar kuman.Kalau saya merajuk, dia tak pernah memujuk..tp kalau dia meraju, saya tak pernah biarkan ianya jadi lama, ada kesempatan..aku akan datang memujuk..itu rutin..Kadang-kadang kalau pk balik, cara aku melayan dia dah terbalik..aku bagaikan lelaki..dan dia bagaikan perempuan..
Saya pernah dimarah hanya kerana tidak makan malam bersamanya..terlalu banyak pengorbanan yang saya lakukan hanya untuk melihat kegembiraannya..saya gembira kerana saya berjaya pada awalnya..bersama saya, dia banyak tunjukkan peningkatan kerja…Ya Allah..kuatkanlah hati ini..
Saya tak bermaksud untuk mengaibkan sesiapa, tp dah masuk 4 bulan..menangis adalah satu kewajiban bagi saya..bila derita ni nak berakhir..bukan tolak qada’ tuhan..tp terlampau sedih dengan apa ynag berlaku..dalam setiap doa yang dipohon, nama dia tak pernah lekang dari bibir saya..dengan harapan dia akan kembali..dengan harapan..masih ada sinar bahagia yang menanti..
Tolonglah sahabat..berikan saya sekurang-kurangnya nasihat..pandangan atau kesimpulan yang boleh membuatkan hati ini tenang..demi TUHAN..saya masih menyayanginya..menyintainya..semoga TUHAN makbulkan doa saya untuk hdup bahagia selamanya bersamanya..moga dia kembali kepada saya..AMIN..
Tuhan…peritnya menanti cinta yang tak pasti..Pedihnya menyintai orang yang tidak menyintai kita lagi..
4 Bulan berlalu, Semasa mengerjakan sembahyang istikharah, saya berdoa sepenuh pengharapan agar apa yang saya usahakan mendapat keberkatan dan mohon petunjuk dari Allah mana yang terbaik. Saya perlu membuat satu pilihan tentang dia…kenapa saya perlu bersedih sedangkan dia gembira..kenapa saya perlu tutup hati kerana dia..tapi hati saya terlalu yakin memilih dia..pendirian saya sikit pun tak goyah, Selesai solat, hati saya tiba-tiba jadi tenang sangat..terlalu lapang. Kegembiraan yang dah lama saya tak rasai…Namun, saya jadi terkedu bila bangun dari solat, tasbih yang saya pegang terputus dengan tiba-tiba. Terlintas dalam hati..2 perkara - sama ada ada sesuatu yang berlaku padanya atau ataupun itu bukan yang terbaik untuk saya.. tak terjangkau hijab yang terlintas depan mata…ada sesiapa yang boleh tafsirkan?
Lepas sembahyang istikharah, saya tidur dan bangun lagi untuk menunaikan tahajjut , taubat dan hajat..sehingga azan subuh berkumandang..selepas subuh, saya ttidur semula…dengan harapan agar kekeusutan terlerai….apa yang menggembirakan hati saya, dalam tidur kali ini, lelaki itu datang dan saya nampak dia cukup jelas….terintai-intai seolah-olah ingin memanggil, tapi bagaikan tiada suara yang terkeluar..
Jawapan
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Cinta umpama satu magnet yang kuat, yang mana ia menarik sekuat-kuatnya hinggalah ia menangkap kepada dirinya. Magnet ini hanya akan luntur apabila ia mula menampakkan persamaan kutub dan apabila sampai satu tahap kutub yang sama itu menjadikan ikatan itu terlepas.
Ramai orang yang cuba mencari persamaan agar memenuhi istilah sekufu. Namun begitu persamaan itu kadangkala memakan diri hinggakan percintaan menjadi hambar sebab terlampau banyak persamaan. Kekutuban yang sama ini menyebabkan ikatan cinta makin terlerai daripada masa ke semasa.
Alhamdulillah saya mengucapkan tahniah di atas usaha saudari mendekatkan diri kepada Allah. Namun begitu apabila ingatan terlampau kuat menyebabkan kita tersilap hitung dalam istikharah kita. Istikharah hanya boleh dibuat apabila saudari mempunyai pilihan yang sama banyak. Dalam kes saudari ini saya yakin dan percaya perasaan ketika membuat istikharah itu tidak seimbang. Banyak kepada mendekatkan diri kepada si Dia yang dicintai. Maka wajahnya akan muncul dalam keadaan mana sekalipun.
Perpisahan dan pertemuan ada hikmahnya dalam setiap kejadian. Mungkin hikmah ini perkataan klise yang sering dikatakan apabila berlaku perpisahan. Namun begitu ia tetap satu hakikat dan keajaiban yang Tuhan berikan kepada manusia. Kita tidak tahu apa yang ada dalam diari Tuhan untuk diri kita. Yang pastinya kesemua itu adalah terbaik untuk kita.
Saudari teruskan diri mendekati Tuhan. Dan cuba hilangkan segala perkara yang menyebabkan ingatan kepada di Dia. Apabila seorang lelaki membuat keputusan selalunya susah bagi mengubahnya. Terpulang kepada kita bagaimana mengendalikan perasaan menghadapinya.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat mencerna minda kita bersama. Teruskan usaha, InsyaAllah ada cahaya di hadapan. Wasalam
Perkongsian Minda Oleh :Fauzul Na'im Ishak
Konsultan Kanan MQ Human Development
Laman Rasmi : www.fauzulnaim.com
Email Rasmi : fauzul@bookpro.my
Artikel Lain Dalam Kategori Cinta
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 4 - May 19th, 2008
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 3 - May 19th, 2008
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 2 - May 15th, 2008
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 1 - May 15th, 2008
- Ceramah "CINTA : LAIN DAHULU, LAIN SEKARANG" Di USIM, Nilai, Negeri Sembilan - March 24th, 2008
Popularity: 74% [?]









Diskusi
Sila Berikan Pandangan & Diskusi