Top

Soal Jawab Cinta : Apa Perlu Saya Lakukan?

March 18, 2008

Daripada Sahabat Dr Cinta

Assalamualaikum.. saya ingin meminta pandangan dr yang berpengalaman..

saya sukakan seorang perempuan, akan tetapi dia tidak menyukai saya. namun begitu, dia baik dengan saya. seolah2 saya anggap dia pun menyukai saya. tapi, bila saya luahkan padanya isi hati saya.dia kata , dia tidak boleh menerima saya lebih dari seorang kawan.

Untuk saya tinggalkan dia, dan cari orang lain, itu amat sukar bagi saya. kerana saya tidak mampu menerima kehadiran insan lain dalam hidup saya. jadi, apa yang harus saya lakukan? wassalam.

Jawapan

Assalamualaikum,

Dalam kesemua perkara melibatkan cinta, banyak ciri yang ada pada diri orang yang disukai. Kita sebagai manusia yang penuh kelemahan dan kesilapan seharusnya muhasabah diri.

Muhasabah diri bukan hanya melihat kepada kelemahan diri tetapi juga kelebihan yang ada pada diri. Ramai yang menyalah ertikan muhasabah dengan melihat kelemahan dan kesilapan. Pada pandangan saya muhasah adalah ruangan bagi melihat kekurangan dan kelebihan.

Mana yang kurang kita tambahkan, mana yang lebih kita mantapkan. Apabila seseorang itu memantapkan kelebihan maka dirinya sedikit sebanyak boleh menjadi seumpama ‘magnet hidup’ yang boleh menarik sesiapa sahaja memandang dan rapat dengan kita.

Namun begitu kesilapan kita adalah kita bukan sahaja tidak memantapkan kelebihan tetapi memburukkan kesilapan. Ini menyebabkan diri menjadi sebaliknya. Bukan menarik tetapi menolak.

Dalam banyak hal melibatkan perhubungan dan cinta, keadaan ini berlaku. Berkawan punyalah lama tetapi tetapi tidak menarik. Muhasabah untuk diri saya dan semua.

Perkongsian Minda Oleh :

Fauzul Na'im Ishak
Konsultan Kanan MQ Human Development
Laman Rasmi : www.fauzulnaim.com
Email Rasmi : fauzul@bookpro.my

Popularity: 69% [?]

Diskusi

Sila Berikan Pandangan & Diskusi





Bottom