Skrip Hidup Penentu Hala Tuju Hidup
August 26, 2007
Apabila menyebut perkataan skrip, perkara yang terfikir di minda tentulah drama ataupun filem. Bagaimana pula apabila kita menyebut perkataan skrip hidup? Tentu ada yang bertanya? Apa? Hidup pun ada skrip kah?
Kita telitikan satu ayat Quran yang bermaksud :
Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah nasib mereka sendiri
Apakah yang kita faham daripada ayat ini? Fahaman saya jelas, ia menunjukkan bahawa kitalah pengarah kepada cerita hidup kita. Kita yang menentukan sama ada kita berjaya ataupun gagal, kaya ataupun miskin, hebat ataupun mundur. Kesemuanya berada pada diri kita. Namun begitu ketentuan masih di tangan Allah. Kita harus berusaha dan terus berusaha dalam memajukan hidup kita.
Kata-kata ilmuwan
Jadikanlah diri ini lebih baik daripada hari semalam, dan hari esok lebih daripada hari ini.
Kita harus terus mencabar diri agar menjadi lebih baik dari hari ke hari. Skrip hidup kita perlu kita tulis sebaiknya agar ia menjadi jalan cerita yang baik. Semua orang inginkan kehidupan yang baik di hari esok. Mulalah tuliskan skrip yang baik untuk hidup kita. Bagaimana? Nanti kita bincangkan lagi.
Perkongsian Minda Oleh :Fauzul Na'im Ishak
Konsultan Kanan MQ Human Development
Laman Rasmi : www.fauzulnaim.com
Email Rasmi : fauzul@bookpro.my
Artikel Lain Dalam Kategori Diri
- Cukupkah Belon Hidupku? - June 15th, 2008
- Orangkah Yang Penyebab Kekalahan? Ataupun Diri Kita? - May 12th, 2008
- InsyaAllah Yang Disalahgunakan - May 9th, 2008
- Skrip Hidup Selari Dengan Takdir - April 2nd, 2008
- Menjadi Pemimpin Mengikut Acuan Sendiri - December 2nd, 2007
Popularity: 49% [?]









Diskusi
Sila Berikan Pandangan & Diskusi