Orangkah Yang Penyebab Kekalahan? Ataupun Diri Kita?
May 12, 2008
Dalam perjalanan pulang daripada Kuala Lumpur ke Bentong petang tadi, saya, isteri, anak dan Puan Zuzana (pekerja bahagian logistik PTS) mendengar berita disediakan oleh Radio 24. Sudah menjadi resam saya, Radio 24 menjadi halwa telinga dalam perjalanan pergi dan balik pejabat. Terutamanya perjalanan jauh melalui lebuh raya Karak. Mendengar berita bagi tidak terlepas maklumat terbaru hari ini.
Banyak yang menarik, ada yang melucukan terutamanya mengenai sidang Dewan Rakyat. Semakin hari semakin panas. Ini satu perkembangan yang baik dalam politik negara.
Walaubagaimanapun yang tidak sedap apabila pengulas sukan Ibnu Khusyairi Aris yang berada di Indonesia diminta mengulas mengenai kekalahan skuad Piala Uber kita di tangan Denmark. Skuad piala uber memberikan harapan kepada negara apabila mereka berjaya mengalahkan New Zealand. Apabila ditanya oleh oleh pengulas sukan di Malaysia apakah penyebab kekalahan, beliau mengatakan penyebabnya adalah sokongan padu penyokong Indonesia kepada skuad Denmark penyebab utama kekalahan itu.
Pada pandangan peribadi saya, ini satu ulasan yang kurang matang. Bagaimana orang lain boleh menentukan kita kalah ataupun menang, menentukan kita gagal ataupun berjaya. Apabila kita gagal dalam peperiksaan, kita memberikan alasan bahawa suasana dewan peperiksaan yang menyebabkan kita tidak boleh berjaya. Adakah itu logik? Adakah dewan yang menjadi penyebab ataupun kita yang gagal bersedia. Adakah dewan boleh mempengaruhi takdir hidup kita? Jawapannya tentu tidak.
Kita penentu hala tuju hidup kita. Ini direalisasikan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan persediaan mantap. Apabila semuanya sudah dibuat baru kita berdoa dan menyerahkan semuanya kepada Allah Yang Maha Kuasa. Bukannya kita tidak bersedia dan berdoa. Saya tidak menafikan bahawa skuad kita sudah berusaha bersungguh-sungguh. Cuma barangkali usaha kita adalah kurang berbanding dengan usaha lawan kita. Kita perlu ingat kata-kata Saidina Ali K.W, batil yang berstrategi boleh memenangi makruf yang tidak berstrategi.
Jadi sebagai teguran kepada diri saya dan Anda. Orang lain tidak boleh menentukan gagal ataupun jayanya kita. Kitalah penentunya dan Allah yang mengkabulkannya. Ada KUASA dalam diri anda, keluarkanlah.
Perkongsian Minda Oleh :Fauzul Na'im Ishak
Konsultan Kanan MQ Human Development
Laman Rasmi : www.fauzulnaim.com
Email Rasmi : fauzul@bookpro.my
Artikel Lain Dalam Kategori Diri
- Cukupkah Belon Hidupku? - June 15th, 2008
- InsyaAllah Yang Disalahgunakan - May 9th, 2008
- Skrip Hidup Selari Dengan Takdir - April 2nd, 2008
- Menjadi Pemimpin Mengikut Acuan Sendiri - December 2nd, 2007
- Akhirnya Bertemu Dengan Yang Dicari - October 8th, 2007
Popularity: 75% [?]









Diskusi
Sila Berikan Pandangan & Diskusi