Top

Menjadi Pemimpin Mengikut Acuan Sendiri

December 2, 2007

PemimpinSaya bersama isteri dalam proses akhir menyiapkan terjemahan sebuah karya bertajuk Re-Code yang bakal diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn Bhd. Pihak kami di PTS Millennia mendapat hak ciptanya daripada penerbit terbesar di Indonesia, PT Gramedia.

Buku tersebut memberikan inspirasi yang hebat kepada pembacanya. Saya sendiri ketika menterjemah sedikit sebanyak teruja dan mengambil iktibar apa yang diperkatakan oleh buku tersebut. Di Indonesia, buku tersebut sudah terjual lebih daripada 200 ribu naskhah. Memang hebat penangan buku ini. Nantikan penerbitannya dalam tahun hadapan.

Saya tidak berminat hendak mengulas panjang mengenai buku ini. Saya teringat satu masa dahulu ketika saya menjadi pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya. Saya dipilih melalui pilihanraya menjadi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 1997/98. Pada ketika itu, banyak kejayaan dikecap oleh biro yang saya ketuai. Banyak projek besar berjaya dilaksana dan diasaskan. Antaranya Karnival Rakan Muda Universiti Malaya 1997 (Saya sebagai Ketua Pengarah Eksekutif), Operasi Khidmat Mahasiswa Sarawak (Saya sebagai Pengerusi Bersama), Makmal Laman Web PMUM (Saya sebagai Pengarah Urusan) dan beberapa lagi. Universiti Malaya banyak mengasah bakat kepimpinan saya.

Ketika itu ada seorang sahabat baik saya datang bertemu saya. Dalam perbincangan dan bicara bersama, ada satu soalan yang keluar daripada mulutnya :

Fauzul, aku ingin mendapatkan maklumat daripada hang. Bagaimana sebenarnya hendak menjadi pemimpin yang baik? Aku hendak menjadi pemimpin sepertimana hang. Aku cuba tiru tapi tidak berjaya.

Tersentak juga saya ketika itu. Saya tidak sangka pula ada seorang sahabat yang mengeluarkan kata-kata begitu. Bolehkah meniru untuk menjadi pemimpin yang baik? Itu sebenarnya terserah kepada masing-masing orang. Saya sendiri belajar menjadi pemimpin berdasarkan latihan dan panduan yang ditunjukkan oleh abang-abang senior terdahulu. Antara yang menjadi contoh buat diri saya saudara Zainul Azizi Mat Zin, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 1996/97, Saudara Anwar Ridzwan Zakaria, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya 1996/97, dan tidak lupa kepada sahabat saya saudara Muhammad Nawwar Arifin, Presiden Jawatankuasa Bertindak Pusat Pelajar Pusat Asasi Sains 1995/96. Inilah yang memberikan saya inspirasi dalam menjadi pemimpin mahasiswa.

Namun begitu, mengapa seseorang itu tidak boleh menjadi pemimpin baik dengan hanya meniru semata-mata kerana ia tidak melihat dengan acuan sendiri. Kita boleh meniru tetapi tidak boleh guna acuan mereka. Aplikasikan dengan acuan sendiri cara sendiri. Kita boleh meniru gaya kepemimpinan pemimpin besar dunia. Autobiografi mereka menjadi rujukan utama kita. Kita aplikasikan sebiji seperti mereka tidak mungkin berjaya. Kita perlu ubahsuai mengikut kesesuaian dan kredibiliti kita. InsyaAllah berjaya

Perkongsian Minda Oleh :

Fauzul Na'im Ishak
Konsultan Kanan MQ Human Development
Laman Rasmi : www.fauzulnaim.com
Email Rasmi : fauzul@bookpro.my

Artikel Lain Dalam Kategori Pemimpin

Popularity: 57% [?]

Diskusi

Sila Berikan Pandangan & Diskusi





Bottom