Kepimpinan Melalui Teladan, Keluar Daripada Kepompong Lama
May 9, 2008
Ramai orang mengatakan bahawa para pemimpin perlu ada prestij dan menjaga kredibiliti. Pendefinisian prestij dan kredibiliti di sini dilihat daripada cara berpakaian, cara hidup, cara bercakap, cara makan dan sebagainya. Pemimpin perlu dilihat lain daripada yang lain. Tidak boleh dilihat hidupnya sama sepertimana rakyat biasa, jika makan hanya di hotel-hotel, tidur kelas 5 bintang, naik kapal terbang kelas pertama dan sebagainya.
Saya mempunyai pengalaman melawat ke rumah beberapa pemimpin kerajaan terutamanya menteri kabinet. Kebanyakan rumah mereka boleh dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Kereta mercedez itu adalah wajib. Tidak ada nilai zuhud dalam kehidupan mereka ini.
Berbeza dengan beberapa pemimpin yang merendah diri. Hidup mereka sederhana, kadangkala lebih sederhana berbanding dengan rakyat yang lain. Yang boleh diambil contoh adalah Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan YAB Lim Guan Eng. Saya bukan menyatakan saya ini penyokong pembangkang, namun begitu kehidupan mereka ini seharusnya menjadi contoh kepada pemimpin lain.
Apabila menteri kerajaan mengatakan berjimat cermat, rakyat perlu mengubah cara hidup. Namun begitu cara hidup mereka tetap mewah dan tidak ada tanda-tanda menunjukkan contoh jimat cermat yang baik. Berbeza dengan pemimping-pemimpin ini. Dalam menggalakkan jimat cermat, mereka ini memberikan contoh terbaik kepada rakyat. Barulah cakap serupa bikin.
Para pemimpin harus keluar daripada kepompong lama. Ubah Skrip Hidup bagi menjadi pemimpin cemerlang.
Ini adalah beberapa gambar contoh hidup Nik Aziz yang diambil oleh Ikram, editor kanan di PTS Millennia Sdn Bhd dalam membantu menyiapkan autobiografi yang bakal terbit tidak berapa lama lagi.
Perkongsian Minda Oleh :Fauzul Na'im Ishak
Konsultan Kanan MQ Human Development
Laman Rasmi : www.fauzulnaim.com
Email Rasmi : fauzul@bookpro.my
Popularity: 64% [?]









Diskusi
Sila Berikan Pandangan & Diskusi