Top

InsyaAllah Yang Disalahgunakan

May 9, 2008

IMG_4401.JPG
Semalam saya bertemu dengan seorang tokoh besar dalam dunia bisnes dan perkhidmatan awam iaitu Dato’ Pahamin Rajab di pejabatnya dalam kawasan Damansara Perdana. Dato’ Pahamin Rajab pernah menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna dan sekarang menjadi Pengerusi kepada beberapa syarikat besar Malaysia antaranya adalah AirAsia Berhad dan FastFik Sdn Bhd.

Kesemua ini menjadikan beliau adalah seorang yang tidak boleh disangkal daripada sudut pemikiran dan kredibiliti yang ada pada beliau. Pada zaman beliau menjadi KSU, antara yang diusahakan oleh beliau adalah melawan korupsi dalam kementerian. Beliau terkenal dengan garangnya dan tidak bertoleransi dengan amanah. Mana-mana pegawai yang didapati tidak amanah akan dipanggil dan diberikan amaran oleh beliau. Ketegasan beliau mengenai perkara ini disebut-sebut oleh para pegawai yang pernah bekerja di bawah beliau.

Dalam perbincangan semalam, beliau ada menyebut mengenai salah guna perkataan InsyaAllah. Dalam masyarakat Melayu, perkataan InsyaAllah ini sudah menjadi satu perkataan untuk melarikan diri daripada tanggungjawab dan komitmen. Apabila sesuatu perkara yang tidak pasti diucapkan InsyaAllah. Sedangkan sepatutnya perkataan InsyaAllah ini adalah satu perkataan komitmen dan perlu dipandang serius.

Apabila ini berlaku, perkataan yang mulia ini menjadi hina di atas sebab penyebutnya tidak menghormati perkataan ini. InsyaAllah adalah satu amanah dan kata janji kita dengan Allah bahawa kita berusaha menepati apa kata-kata yang dikeluarkan oleh kita. Kita harus ingat ayat yang dikatakan oleh Allah dalam Al-Quran :

Besarlah kemurkaan Allah ke atas orang yang tidak melakukan apa yang dia kata

Seharusnya kita perlu menukar persepsi ini. InsyaAllah adalah ayat-ayat komitmen dan seharusnya tidak menjadi klausa melarikan diri dalam hidup kita.

Perkongsian Minda Oleh :

Fauzul Na'im Ishak
Konsultan Kanan MQ Human Development
Laman Rasmi : www.fauzulnaim.com
Email Rasmi : fauzul@bookpro.my

Artikel Lain Dalam Kategori Diri

Popularity: 40% [?]

Diskusi

2 Diskusi to “InsyaAllah Yang Disalahgunakan”

  1. aku on June 7th, 2008 9:07 pm

    terkurang “tidak”

    InsyaAllah adalah ayat-ayat komitmen dan seharusnya menjadi klausa melarikan diri dalam hidup kita.

    InsyaAllah adalah ayat-ayat komitmen dan seharusnya tidak menjadi klausa melarikan diri dalam hidup kita.

    [Reply]

    Fauzul Na'im Ishak reply on June 15th, 2008 11:07 pm:

    Terima kasih di atas teguran Tuan

    [Reply]

Sila Berikan Pandangan & Diskusi





Bottom