Top

Ijazah Vs Kejayaan

August 22, 2007

Lelaki ke dapur jika perempuan kuasai universiti! Inilah tajuk besar yang digembar-gemburkan hari ini. Dikatakan nisbah wanita kepada lelaki di institusi pengajian tinggi sudah mencecah 60:40. Semua Naib Canselor sudah mula berkeluh kesah meminta pihak kerajaan menukar polisi agar lebih ramai lelaki dapat memasuki ipt. Kerunsingan mereka lebih ramai profesional wanita daripada lelaki menjadikan lelaki akan jadi suri rumah satu masa nanti. Menarik memang menarik tajuk berita ini. Ada beberapa perkara yang saya ingin diskusikan di sini. Adakah perlu masuk universiti untuk berjaya? Adakah ijazah satu syarat kejayaan dalam hidup? Adakah apabila tiada ijazah maka perlu bekerja di dapur?

Kita melihat kepada situasi antarabangsa. Berapa ramai usahawan berjaya yang menjadi jutawan dunia adalah di kalangan orang yang tidak mendapat lulus universiti. Bill Gates, Steven Spielberg dan ramai lagi adalah dari kalangan orang tanpa ijazah. Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari, orang Melayu terkaya di Malaysia juga bukan lulusan universiti. Adakah mereka ini tidak boleh dikatakan profesional kerana tidak pernah lulus program ijazah.

Ini adalah pandangan yang salah pada pandangan saya. Ijazah bukanlah faktor utama kejayaan dalam hidup. Ia sekadar salah satu platform kejayaan dan bukan yang utama. Saya sendiri melihat daripada pengalaman hidup, berapa ramai graduan ipt yang sekarang ini menganggur? Menagih simpati majikan bagi mendapatkan pekerjaan. Dalam email yang saya peroleh setiap hari, boleh dikatakan sekurang-kurangnya 10 email memohon kerja. Mereka semuanya di kalangan graduan ipt. Ada yang mendapat ijazah kelas pertama pun. Mereka tidak bekerja bukan kerana tiada ijazah tetapi tiada ruangan untuk mencipta kejayaan. Ruang itu tiada kerana unsur luar dan unsur dalaman diri sendiri.

Saya bukannya hendak memperlekehkan graduan yang berjaya di ipt. Namun begitu kita perlu menukar persepsi masyarakat yang melihat ijazah sebagai faktor penting. Kejayaan adalah bergantung kepada diri sendiri, bukan faktor luar. Walaupun kita tidak mempunyai ijazah tetapi pandai mencari peluang maka kejayaan tetap bersama kita. Jika tiada pekerjaan buat pekerjaan.

Tanpa ijazah bukan ertinya berakhir hidup dunia. Banyak lagi ruangan mengecapi kejayaan di dunia. Cuma bergantung kepada diri untuk mencari dan menciptanya.

Perkongsian Minda Oleh :

Fauzul Na'im Ishak
Konsultan Kanan MQ Human Development
Laman Rasmi : www.fauzulnaim.com
Email Rasmi : fauzul@bookpro.my

Artikel Lain Dalam Kategori Kerjaya

Popularity: 48% [?]

Diskusi

Sila Berikan Pandangan & Diskusi





Bottom