Hidup Oh! Hidup!
August 12, 2007
Alhamdulillah hari ini baru saya dapat lancarkan laman web ini sepenuhnya ke dalam web ini. Selepas beberapa kali berlaku ubahan dan pembangunan, inilah yang dipersembahkan kepada Anda semua. Selepas beberapa tahun berada dalam dunia perniagaan dan pekerjaan. Terdetik di minda saya betapa hidup anugerah Tuhan ini penuh keajaiban.
Dahulu berada di alam persekolahan rendah bergelumang dengan kerja rumah, aktiviti pengucapan awam dan bermain-main di taman mainan kanak-kanak. Kemudian memasuki alam persekolahan menengah, di sekolah berasrama penuh. Mengenali erti perpisahan dengan ibu bapa, memasuki sukan inter sekolah, aktif dalam pasukan beruniform. Kemudian memasuki alam institusi pengajian tinggi, aktif dalam pertubuhan pelajar, menjadi exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UM, mengasas dan mengendalikan projek besar, belajar erti menjadi pemimpin hingga dibuang daripada IPT :D.
Memasuki alam pekerjaan dan bisnes, membantu rakan karib membangunkan perniagaan daripada kecil hingga sekarang diakui sebagai antara syarikat penerbitan paling agresif di Malaysia hinggalah membuka bisnes online. Kemudian melihat alam bujang, berkahwin dengan isteri paling memahami di dunia dan memperoleh dua cahaya mata paling comel dan kacak (pandangan peribadi :D)
Langkah demi langkah dalam hidup ini dirasakan sebagai satu keajaiban. Sukar digambarkan sebenarnya apa yang akan berlaku di masa hadapan. Adakah bersinar ataupun kelam. Adakah sedih ataupun ceria. Kesemuanya berdasarkan keajaiban Maha Kuasa. Namun begitu kita disarankan untuk berusaha dan bertawakal. Bukan hanya tunggu dan lihat.
Apabila bertemu dengan rakan-rakan yang masih terkapai-kapai mencari hala tuju, agak sedih juga di hati. Betapa diri saya diberikan kelebihan dan rezeki yang Alhamdulillah senang. Semoga semua mendapat apa yang diidamkan dan dicitakan.
Gambar hiasan : gambar keluarga sebelah isteri di Kampung Bujang, Merbok, Kedah Darulaman
Perkongsian Minda Oleh :Fauzul Na'im Ishak
Konsultan Kanan MQ Human Development
Laman Rasmi : www.fauzulnaim.com
Email Rasmi : fauzul@bookpro.my
Artikel Lain Dalam Kategori Coretan
- Forum di FauzulNaim.Com, AkademiPenulis.Com & SkripHidup.Com digabungkan - May 12th, 2008
- Keluarga Di 9 Membuka Lembaran Baru Hidup - May 9th, 2008
- En. Fauzul Naim di Program Keluarga di 9, 28 April 2008 jam 1 petang - April 27th, 2008
- MQ Human Development - April 1st, 2008
- Bonus - April 1st, 2008
Popularity: 36% [?]









Diskusi
Sila Berikan Pandangan & Diskusi