Fasa 1 Mula Digerakkan
January 13, 2008
Bagi yang sering melawat ke laman ini tentu bertanya, apakah yang sudah digerakkan di bawah fasa 1 perancangan hidup. Alhamdulillah setiap hari dalam tahun 2008 ini amat bermakna dalam kehidupan saya. Ada sahaja perkara menarik berlaku. Perancangan fasa pertama pun berjalan lancar.
Fasa 1 ini dimulakan dengan penubuhan Book Pro Sales & Distributors (BPSD) bagi mengambil alih fungsi MIFF Edar sebelum ini. MIFF Edar didormankan bagi tujuan lain di masa hadapan. Fungsi pengedaran buku dan menguruskan e-Kedai.net diserahkan sepenuhnya kepada BPSD.
Mengapa?
Tentu ada yang bertanya mengapa. Ini bagi tujuan menjenamakan semula perkhidmatan di bawah syarikat keluarga saya dan memudahkan perancangan masa depannya. BPSD sekarang ini mengedarkan pelbagai buku dari pelbagai penerbit termasuklah buku yang dibangunkan di bawah perkhidmatan Book Pro Publishing Services, satu lagi cabang perniagaan saya.
Wah! Tentu ada yang bertanya saya ingin terbit buku sendirikah? Tidak, syarikat baru ini disediakan untuk mana-mana penulis, organisasi dan sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan penerbitan. Mereka yang ingin menerbit sendiri, membuat prosiding seminar dan sesiapa sahaja. PTS Millennia Sdn Bhd tidak menguruskan perkhidmatan sedemikian, jadi ini adalah syarikat penyedia perkhidmatan penerbitan bukan penerbit buku. Sesiapa inginkan maklumat lanjut boleh ke www.bookprogroup.com
Perkongsian Minda Oleh :Fauzul Na'im Ishak
Konsultan Kanan MQ Human Development
Laman Rasmi : www.fauzulnaim.com
Email Rasmi : fauzul@bookpro.my
Artikel Lain Dalam Kategori Bisnes
- Tahun 2008 : Fasa 1 Bermula! - January 1st, 2008
- Laman Web Yang Baru Dikemaskini - December 2nd, 2007
- Berceramah Mengenai Pemasaran Internet di Al-Ameen Serve Holdings - September 15th, 2007
- Menjadi Diri Yang Sebenar - August 20th, 2007
- Idea-idea Bisnes Pelancongan (2) - August 14th, 2007
Popularity: 74% [?]









Diskusi
Sila Berikan Pandangan & Diskusi