Menjadi Diri Yang Sebenar
August 20, 2007
Sesiapa yang melawat ke laman ini akan melihat di atas sekali ada moto yang saya gunakan di laman web ini. Saya berfikir berhari-hari apakah moto yang ingin saya gunakan di laman web ini. Berdasarkan konsep pemasaran, bagi memastikan sesebuah produk ataupun servis diperkenalkan kita perlu ada apa yang dipanggil sebagai Unique Selling Proposition (USP). Ia boleh menjadi jenama ataupun perkataan yang menyebabkan orang lain kenal serta ingat kepada produk tersebut.
Saya selalu sarankan kepada semua yang berminat hendak memperkenalkan produk, servis ataupun apapun perlu ada USP ini. Perkara ini sering saya sarankan kepada para penulis yang bekerjasama dengan saya di PTS Millennia Sdn Bhd. Daripada sebesar-besar pengarang di PTS hinggalah sekecilnya saya sentiasa mengulang tayang perkara ini. Alhamdulillah ada pengarang yang sudah mula menjenamakan produk mereka. Sebagai contoh Motivasi Alihan Pelajar (Dr. Tengku Asmadi), Meneroka Minda Sukses (Ahmad Fadzli Yusof) dan beberapa lagi yang lain.
Menjadi Diri Yang Sebenar saya gunakan di laman saya atas beberapa sebab. Manusia sebenarnya adalah suatu individu yang berpotensi besar. Ketika dilahirkan kita mempunyai kebolehan dan kepandaian maksima. Kita boleh lihat ia ada pada bayi yang baru lahir. Mereka ini tidak takut apapun walaupun disuruh memegang api membara (teringat cerita Nabi Musa). Ini menunjukkan potensi yang sebenarnya pada diri manusia.
Kebolehan itu menurun disebabkan faktor-faktor luar yang mempengaruhi diri dan minda. Potensi berkurangan daripada hari ke hari. Faktor keluarga, suasana sekitar, televisyen dan banyak lagi menyebabkan kita merasakan diri kita tidak berpotensi. Jadi kita harus kembali menjadi diri kita yang sebenar. Diri yang mempunyai potensi maksima. Potensi tanpa batasan. InsyaAllah banyak lagi yang kita akan bincangkan di sini daripada masa ke semasa.
Popularity: 38% [?]








