Top

Skrip Hidup Penentu Hala Tuju Hidup

August 26, 2007

Hala Tuju HidupApabila menyebut perkataan skrip, perkara yang terfikir di minda tentulah drama ataupun filem. Bagaimana pula apabila kita menyebut perkataan skrip hidup? Tentu ada yang bertanya? Apa? Hidup pun ada skrip kah?

Baca Seterusnya

Popularity: 50% [?]

Ijazah Vs Kejayaan

August 22, 2007

Lelaki ke dapur jika perempuan kuasai universiti! Inilah tajuk besar yang digembar-gemburkan hari ini. Dikatakan nisbah wanita kepada lelaki di institusi pengajian tinggi sudah mencecah 60:40. Semua Naib Canselor sudah mula berkeluh kesah meminta pihak kerajaan menukar polisi agar lebih ramai lelaki dapat memasuki ipt. Kerunsingan mereka lebih ramai profesional wanita daripada lelaki menjadikan lelaki akan jadi suri rumah satu masa nanti. Baca Seterusnya

Popularity: 48% [?]

Menjadi Diri Yang Sebenar

August 20, 2007

Sesiapa yang melawat ke laman ini akan melihat di atas sekali ada moto yang saya gunakan di laman web ini. Saya berfikir berhari-hari apakah moto yang ingin saya gunakan di laman web ini. Berdasarkan konsep pemasaran, bagi memastikan sesebuah produk ataupun servis diperkenalkan kita perlu ada apa yang dipanggil sebagai Unique Selling Proposition (USP). Ia boleh menjadi jenama ataupun perkataan yang menyebabkan orang lain kenal serta ingat kepada produk tersebut.

Saya selalu sarankan kepada semua yang berminat hendak memperkenalkan produk, servis ataupun apapun perlu ada USP ini. Perkara ini sering saya sarankan kepada para penulis yang bekerjasama dengan saya di PTS Millennia Sdn Bhd. Daripada sebesar-besar pengarang di PTS hinggalah sekecilnya saya sentiasa mengulang tayang perkara ini. Alhamdulillah ada pengarang yang sudah mula menjenamakan produk mereka. Sebagai contoh Motivasi Alihan Pelajar (Dr. Tengku Asmadi), Meneroka Minda Sukses (Ahmad Fadzli Yusof) dan beberapa lagi yang lain.

Menjadi Diri Yang Sebenar saya gunakan di laman saya atas beberapa sebab. Manusia sebenarnya adalah suatu individu yang berpotensi besar. Ketika dilahirkan kita mempunyai kebolehan dan kepandaian maksima. Kita boleh lihat ia ada pada bayi yang baru lahir. Mereka ini tidak takut apapun walaupun disuruh memegang api membara (teringat cerita Nabi Musa). Ini menunjukkan potensi yang sebenarnya pada diri manusia.

Kebolehan itu menurun disebabkan faktor-faktor luar yang mempengaruhi diri dan minda. Potensi berkurangan daripada hari ke hari. Faktor keluarga, suasana sekitar, televisyen dan banyak lagi menyebabkan kita merasakan diri kita tidak berpotensi. Jadi kita harus kembali menjadi diri kita yang sebenar. Diri yang mempunyai potensi maksima. Potensi tanpa batasan. InsyaAllah banyak lagi yang kita akan bincangkan di sini daripada masa ke semasa.

Popularity: 38% [?]

Susahnya Mencari Yang Sesuai Untuk Kita

August 19, 2007

Saya dengan bantuan artis grafik baru sahaja menyiapkan laman web Dr. Tengku Asmadi www.motivasialihanpelajar.com. Laman web ini ditaja oleh syarikat saya FN Business Solution dengan kerjasama PTS Millennia Sdn Bhd. Alhamdulillah selepas beberapa minggu diusahakan dengan kekangan masa dan tenaga akhirnya ia dapat dilancarkan dengan jayanya.

Sekarang saya dalam proses menaikkan laman web untuk Dr. Danial Zainal Abidin pula. Ini saya sudah janjikan dengan Dr. Danial ketika beliau berada di Kuala Lumpur bagi sesi bicara buku di Alamanda Putrajaya. Sebelum ini saya sudah ada kerjasama dengan beliau untuk laman web FormulaCemerlang.com. FormulaCemerlang.Com dalam proses pengubahan server. InsyaAllah dalam sebulan dua ini baru selesai pengubahan tersebut.

Saya ini ada satu masalah dalam pembinaan laman web iaitu apabila membinanya untuk orang lain rasanya macam Ok sahaja tema yang digunakan. Namun begitu apabila membinanya untuk diri sendiri pasti sukar untuk mencari kesesuaian. Sebagai contoh laman ini. Bagi yang mengikuti perkembangannya pasti perasan sudah beberapa kali ia berubah wajah. Mungkin kita sukar mencari apa yang sesuai untuk diri kita. Orang lain lebih nampak. :)

Popularity: 49% [?]

Idea-idea Bisnes Pelancongan (2)

August 14, 2007

Semasa saya berada di dalam bot laju pusing pulau, saya sempat bertanya dan bersembang dengan pemandu bot tersebut. Banyak perkara yang dibicarakan dan paling menarik mengenai bisnes bot laju pusing pulau. Berdasarkan maklumat pemandu tersebut, beliau memandu bot tersebut dua sesi setiap hari. Itu khusus untuk pusing pulau. Bagi setiap peserta yang menaiki bot dikenakan RM45 satu kepala. Maksimum penumpang adalah 13 orang, purata penumpang sehari 8 orang. Jadi satu hari jumlah pendapatan satu bot adalah RM360 per sesi, untuk dua sesi RM720. Satu bulan pendapatannya adalah RM21600. Wow banyak tu…. Ini tidak termasuk perjalanan sesi malam bagi yang berminat hendak memancing.

Apabila di tanya dengan beliau siapakah pemilik bot tersebut, beliau mengatakan pemiliknya wanita muda berusia 26 tahun bernama Ana. Saya pernah bertemu dengan Ana ketika dipandu ke sini oleh beliau. Memang muda lagi. Diberitahu lagi asalnya Ana hanya mempunyai 2 bot sahaja, dalam masa 7 tahun beliau sudah mempunyai 8 bot. Semua pemandunya lelaki dan mereka berpuas hati dengan layanan Ana sebagai majikan kepada pekerjanya. Jika satu bot pendapatannya RM21,600 kalau 8 bot pendapatannya RM172,800. Busuk-busuk untung kasar adalah RM100,000 sebulan. Syukur saya kerana pemiliknya orang Melayu.

Popularity: 32% [?]

Idea-idea Bisnes Pelancongan

August 13, 2007

Tempoh hari saya berada di Tanah Mahsuri, Pulau Langkawi. Banyak aktiviti yang dilakukan oleh saya dan keluarga di sana. Daripada aktiviti naik bot pusing pulau hinggalah membeli belah di pulau bebas cukai ini.

Di sana ada beberapa perkara yang menarik iaitu idea-idea bisnes yang boleh dijalankan oleh penduduk di sini. Ketika saya berada di jeti Awana Porto Malai bagi menaiki bot laju untuk pusing pulau-pulau sekitar Langkawi. Ada beberapa orang yang mengambil foto para peserta yang ingin serta dalam perjalanan ini. Pada pandangan saya mungkin ini hobi mereka. Mereka mengambil gambar dengan menggunakan kamera SLR yang agak canggih.

Pengalaman pusing pulau sekitar Langkawi cukup menarik. Daripada Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah hinggalah ke Pulau Singa Besar. Kecantikan alam sekitar dengan habitat yang cukup mempesona. Anak-anak saya bersama isteri dan ibu bapa saya cukup puas hati dengan aktiviti ini. Anak-anak mandi tidak ingat dunia di Pantai Pulau Beras Basah.

Ketika kami hampir ke jeti selepas 4 jam pusing pulau, kami dapat melihat beberapa banglo sedang dibina di tepi jeti tersebut. Makluman daripada pemandu bot ia adalah milik jutawan Melayu. Dijual dengan harga yang cukup tinggi. (Apabila pulang saya mendapat tahu pemiliknya ada bau-bau bacang dengan keluarga saya).

Kami naik ke jeti dan melihat di pelantar jeti tersebut ada meja yang diletakkan beberapa pinggan kecil. Yang mengejutkan saya adalah pada pinggan-pinggan kecil tersebut terdapat wajah-wajah kami. Daripada wajah anak saya yang kecil hinggalah wajah ayah saya. Mereka tawarkan harga RM10 bagi setiap pinggan kecil tersebut. Dengan rasa gembira saya membeli kesemuanya. Ini idea bisnes yang cukup baik. Sudah tentu pelanggan tidak sampai hati untuk tidak membeli pinggan kecil yang ada rupa mereka.

Yang saya bangga ia dibuat oleh anak-anak muda Melayu. Ini anak-anak Melayu yang berfikir di luar kotak.

Popularity: 30% [?]

Hidup Oh! Hidup!

August 12, 2007

Keluarga BujangAlhamdulillah hari ini baru saya dapat lancarkan laman web ini sepenuhnya ke dalam web ini. Selepas beberapa kali berlaku ubahan dan pembangunan, inilah yang dipersembahkan kepada Anda semua. Selepas beberapa tahun berada dalam dunia perniagaan dan pekerjaan. Terdetik di minda saya betapa hidup anugerah Tuhan ini penuh keajaiban.

Baca Seterusnya

Popularity: 35% [?]

Bottom